
KOTA BHARU, 24 Mac 2012 (Sabtu) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menempa satu lagi sejarah kerana buat pertama kalinya menganjurkan Majlis Ihtifal Masjid Bandar dan Jajahan Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu yang melibatkan 16 buah masjid Bandar dan jajahan dari 10 buah jajahan dalam Negeri Kelantan.
Majlis Ihtifal ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpul dan memberi ruang kepada para remaja yang berumur 10 hingga 17 tahun menunjukkan bakat masing-masing dalam acara yang dipertandingkan. Antara acara yang telah dipertandingkan dalam Majlis ini ialah acara perlawanan futsal 15 tahun ke bawah, Pertandingan Nasyid 15 tahun ke bawah, Tarannum al-Quran 15 tahun ke bawah, Hafazan al-Quran peringkat Tinggi bagi peserta berumur 16 tahun hingga 17 tahun dan Hafazan al-Quran peringkat rendah bagi peserta berumur 10 hingga 15 tahun, Pertandingan Khutbah 15 tahun ke bawah dan pertandingan Azan 15 tahun ke bawah.
Majlis yang penuh meriah ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua masjid Bandar dan Jajahan dengan penyertaan penuh daripada setiap masjid dalam semua acara yang dipertandingkan yang melibatkan 512 orang peserta keseluruhannya.
Majlis yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini telah dirasmikan majlis penutupnya oleh YBrs. Tuan Haji Ismail bin Sayudina, Ketua Pegawai Agama MAIK yang mewakili YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua MAIK.
Secara keseluruhannya, para peserta yang terdiri daripada remaja-remaja dilihat amat berbakat dalam pertandingan-pertandingan yang disertai mereka. Adalah diharapkan agar majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang bagi merapatkan lagi hubungan antara remaja-remaja dengan masjid dalam usaha kerajaan mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa dan ia menjadi satu alternatif kepada para remaja untuk mengasah bakat masing-masing.
Berikut adalah keputusan penuh Acara-acara Pertandingan yang telah dipertandingkan dalam majlis tersebut:

05 MAC 2012 (Isnin) - Unit Teknologi Maklumat MAIK telah menganjurkan Kursus Hands On Pengemaskinian Laman Web bertempat di Perpustakaan MAIK. Kursus yang bermula jam 11.30 pagi ini dianjurkan dengan tujuan mendedahkan kepada para Imam teknik-teknik untuk mengemaskini Laman Web Masjid masing-masing. Diharapkan agar para Imam dapat mengemaskini Laman Web masing-masing selepas kursus ini.







![]() | Today | 16 |
![]() | Yesterday | 93 |
![]() | This week | 538 |
![]() | Last week | 510 |
![]() | This month | 1459 |
![]() | Last month | 2532 |
![]() | All | 23964 |
[ Tukar Kawasan ]
-TIADA MAKLUMAN SEMASA SETAKAT INI-
![]() |
JAHEAIK | ||
![]() |
![]() |
![]() |
